Syarikat ini ditubuhkan pada awal tahun 2009 atas dasar kemahiran, pengalaman, dan untuk membantu pengguna teknologi memperoleh pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan komputer khususnya. Syarikat ini juga diasaskan atas dasar rakan dimana setiap pelanggan yang datang kepada kami, akan kami anggap seperti keluarga kami. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti membaiki pelbagai masalah yang berkaitan komputer dan laptop, pendawaian dan sistem jaringan, pemasangan software dan hardware, dan kami menjual aksesori yang berkaitan dengan komputer. Diharap dengan tertubuhnya SS Computer Service Centre dapat menolong pengguna yang kurang pengetahuan berkenaan komputer daripada tertipu.